Ujian khas ganti UPSR, PMR untuk masuk asrama

June 26th, 2010

Satu ujian khas mungkin diwujudkan bagi kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh untuk menggantikan peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ujian khas itu tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

“Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar,” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan anak-anak dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata ujian khas itu akan diselaraskan dan tidak dilakukan oleh sekolah berasrama penuh.

Katanya, ketika ini begitu ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak mahu memasuki sekolah berasrama penuh dan mahu kekal bersekolah harian.

Beliau berkata, banyak cara boleh digunakan bagi dijadikan mekanisme kelayakan ke sekolah berasrama penuh dan tidak menolak kemungkinan UPSR diubahsuai sebagai ujian khas itu.

Ditanya sama ada kedua-dua peperiksaan awam itu akan dimansuh atau salah satu sahaja, Mohd Puad berkata maklumbalas masyarakat amat penting.

Katanya, kementerian ketika ini telah menerima respon yang positif daripada banyak pihak termasuk daripada tokoh pendidik.

“Ada yang mengatakan ia sesuatu yang sudah dinanti-nantikan. Kita harap setelah mendapat maklum balas yang menyeluruh, keputusan boleh dibuat dalam masa dua tiga minggu ini, sama ada kita akan memansuhkan dua peperiksaan ini tahun hadapan atau dua tahun lagi,” katanya.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran dijangka menjawab perkara pemansuhan ini di Parlimen setelah isu tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman, ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10) baru-baru ini.

(Sumber : Malaysiakini)

Lagi parti komponen BN sokong judi sukan

June 26th, 2010

Selepas MCA, PPP, sebuah lagi parti komponen BN hari ini melahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pertaruhan judi sukan di negara ini.

MIC m

enerusi presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu dalam kenyataan media berkata parti terbesar India itu tidak menentang cadangan untuk membenarkan pertaruhan sukan di negara ini kerana ia membabitkan golongan bukan Islam sahaja.

“Saya berpendapat ia harus dibenarkan bagi membendung perjudian haram. Ia bukan sesuatu yang baru kerana perjudian sah dalam bentuk lain sudah ada untuk bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya adalah lebih baik untuk mengawal pertaruhan sukan dengan adanya peraturan yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata, wang yang dikutip dalam bentuk cukai dari syarikat yang mengendalikan pertaruhan sukan akan dapat digunakan untuk tujuan kebajikan bukan Islam.

Lawmakers seal deal on historic Wall Street reform

June 26th, 2010

In a marathon session of more than 21 hours, congressional negotiators agreed to a rewrite of Wall Street rules that may crimp the industry’s profits and subject it to tougher oversight and tighter restrictions.

The bill, the most sweeping financial rules revamp since the 1930s, is headed toward final congressional approval next week although implementation will be bogged down for months in regulatory rule-making.

Read the rest of this entry »